Monday, March 14, 2011

Persenda Azan di Youtube

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman 'youtube'.
Pegawai Kerja PPIM, Mustaffa Hamzah, berkata klip video yang disiarkan itu sengaja dibuat untuk memperleceh dan memperkecilkan amalan agama Islam.

"Laungan azan adalah ibadah bagi umat Islam dan bukan sesuatu yang patut dipersenda serta dijadikan bahan gurauan.
"Justeru PPIM mendesak kerajaan mengenakan hukuman keras termasuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau sepadan dengannya agar mereka sedar dan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa semua agama adalah murni," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, PPIM juga khuatir jika tindakan itu tidak dibendung akan membawa tindak balas yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum.

Mohd Mustaffa berkata masyarakat boleh melayari laman web PPIM di www.muslimconsumers.org.my untuk menonton contoh penghinaan yang dilakukan terhadap agama Islam itu. - Bernama

Komen saya:

Memang patut dikenakan tindakan.Perkara seperti ini xboleh dibuat main2.

2 comments:

  1. Aku tgk video die pun rasa mcm nk lempang2 jer budak yg mempersendakan azan ni.Kategori kurang ajar n xde adab.Walau pun tak seagama kita kena mghormati agama org lain.Tak boleh nk menhina@mempesendakannya.

    ReplyDelete