Thursday, January 5, 2012

Pavlova




Pavlova adalah sejenis pembasuh mulut yang diberi nama sempena nama seorang penari ballet Rusia yang bernama Anna Pavlova. Rasanya agak rangup diluar dan lembut di dalam serta amat ringan.


Di atasnya diletakkan krim putar dan ditabur dengan buah-buahan segar sama ada strawberi,kiwi,rasberi,blueberi,peach,buah naga@sewaktu dengannya. Keknya sedikit manis diletakkan krim putar serta buah-buahan segar untuk menaturalkan rasanya.Bagii saya ia sedap dan beberapa orang pelanggan saya pun mengatakan ia amat sedap.   
 
Senang jer nak buat Pavlova ni.Kat bawah ni ada resepi Pavlova.Sesapa yang rajin boleh cuba,lau malas boleh order dengan saya.He he he..

RESEPI PAVLOVA: (ambil dr My Resepi)

BAHAN-BAHAN:

1. 4 biji telur putih (pastikan telur putih tidak bercmpur dengan telur kuning-jk tidak putih telur takkan naik semasa diputar nanti)   
2. 3/4cawan gula halus/kastor/kisar
3. 1 sudu kecil cuka makan
4. 1/2 sudu besar tepung jagung
5. 1 sudu kecil esen vanila
6. 250 ml non-dairy whipping cream
7. Buah-buah segar
 

CARA-CARA MEMBUATNYA:

 ~Putar putih telur sehingga soft-peak,masukkan gula dan putar sehingga bertanduk (lau terbalikkan tidak jatuh)
~Masukkan esen vanila,tepung jagung dan cuka.
~Buatkan bulatan sebesar 7inci di atas kertas minyak.Letakkan di dalam dulang.Letakkan bahan yang diputar di atas bulatan yg dilukis di atas kertas pasir tadi.bentukkan bulat.
 ~Bakar pada suhu 150-140 celcious selama lebih kurang 1jam-1jam 15minit.
 ~Sejukkan dan letakkan krim putar yang telah diputar sehingga kembang tadi di atas kek.Hias dengan buah-buahan segar.Masukkan di dalam peti ais untuk lebih sedapp dimakan.

Selamat mencuba.......



 

No comments:

Post a Comment