Sunday, February 20, 2011

Resepi Puding Kek Lapis

Puding Kek Lapis
Puding ni aku reka disebabkan byk sangat lebihan kek lapis.Jadi,dr aku buang baik aku buat sesuatu yg boleh dimakan..Rasanyer mang sedap.Gabungan puding kastad dan lebihan kek lapis yg pelbagai perisa.

Bahan-bahan:
  • Agar-agar (aku guna agar2 yg ader gambar bunga ros)   25gram
  • Gula Pasir                                10 sudu besar
  • Kastard                                    4 sudu besar
  • Susu Cair                                 3/4 tin
  • Air                                           1300ml
  • Lebihan Kek Lapis:yg dicincang halus (agak2 la utk tabur dalam puding nanti.Lau xde kek lapis boleh masukkan kek lain yg xhabis nk mkn tu)
Cara-cara membuatnya:

*Masukkan air ke dalam periuk dan juga agar2 ke dalam air dan masak hingga mendidih (sampai agar2 td hancur)
*Masukkan gula,kacau hingga hancur.
*Masukkan kastard yg dikacau dgn sedikit air ke dalam periuk td.
*Kacau sehingga agak pekat dan likat lebih kurang dalam 5-10minit.
*Masukkan susu cair,kacau sekejab hingga sebati.
*Setelah sebati tuang kan aduanan kastard td ke dlm loyang.(boleh buat 2 loyang bersaiz 9 inci).Tapis adunan td semasa tuang ke dlm loyang.
*Taburkan lebihan kek lapiske dalam loyang.
*Biarkan sejuk br boleh dipotong.(lau nk lg sedap setelah sejuk potong dan simpan di dlm peti ais.Lebih sedap makan sejuk2.


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment