Thursday, January 5, 2012

Resepi Kek Coklat Moist Esid

Kek coklat memang kek kegemaran aku dari kecik sampai sekarang,tapi semenjak aku berniaga ni..da tak larat da nak makan kek.Kecuali kalau makan berjemaah.Mang best.lau sorang2 sedap mcm mana pun mang tak laku.


Kat sini aku aku bagi resepi Kek Coklat Moist Esid Yer.Kek ni asalnya aku ambik dari My Resepi.Lupa plak nama yang bagi resepi ni.Tapi aku dah menderhaka sikit kat resepi ni.Sowi yer tuan resepi.


 BAHAN-BAHANYA:

  Bahan-bahan yang diayak:
~ 1 1/1 cawan tepung gandum
~ 3/4 cawan serbuk koko
~ 1 sudu kecik baking powder
~ 1/2 sudu soda bikarbonat

~ 3 biji  telur bersaiz AA@A pun boleh
~ 1 1/2 gula halus
~ 3/4 cawan susu pekat
~ 1 sudu besar ovalett
~ 1 cawan minyak sayur-sayuran (jagung,canola,bunga matahari)
~ 1 1/4 cawan air panas mendidih


 CARA-CARANYA:

~ Putar gula,telur dan ovalett sehingga pekat dan putih (lebih kurang dlm 15minit- high speed)
~ Masukkan susu pekat .
~ Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikt sehingga habis.
~ Masukkan minyak putar sehingga sebati.
~ Masukkan air panas mendidih.kacau dengan senduk,jangan putar.kacau sebati dan bakar selama1jam suhu 180-170 C @sehingga masak.Cucuk untuk pastikan masak@tidak.Jika melekat di lidi maksudnya masih tidak masak lagi.Guna loyang 7@8inci yer.9inci pun boleh tapi kek rendah la sikit.

Jika sudah masak sejukkan dan boleh diletakkan topping coklat ganache.(lebih kurang 250gram coklat masakan cairkan bersama 1 sudu mentega/shortening, dan 2-3 sudu besar susu cair@air masak dgn menggunakan kaedah double-boiler sehingga cair.Taburkan sedikit coklat urai/coklat cip/badam utk hiasan atas kek.

Double Boiler: Kaedah mencairkan coklat masakan menggunakan air panas yang mendidih.Letakakn periuk yang berisi coklat masakan di atas air yang mendidih tadi.

Sejukkan di dalam peti ais utk rasa yang lebih sedap


Selamat Mencuba.Lau malas nak buat boleh order dengan saya sahaja.he he .. Cam ner nak order? sila klik kat sini yer.

2 comments: