Tuesday, February 22, 2011

KEK LAPIS HANTARAN TUNANG



Kek lapis juga amat sesuai untuk dibuat hantaran tunang@perkahwinan.Lagipun kek ni tahan lama dan senang utk didekorasikan dgn pelbagai gubahan yg cantik.Senang dibw,tidak perlu bimbang dr kemek@rosak.

Untuk sebarang tempahan sila kliks kat sini yer


Untuk pilihan kek-kek lapis yg dijual.sila kliks kat sini yer.Semua jenis boleh dibuat hantaran.Tapi biasanya customer suka KEK LAPIS ANYAMAN TIKAR dan KEK LAPIS TIKAR MENGKUANG untuk dijadikan hantaran.

Bosan????

Bosan???...tak tahu nak buat apa?..ummp...satu perkataan yg aku tak boleh terima semenjak aku bergelar isteri org ni.Kenapa aku ckp mcm tu?sebab...tak de masa nak rasa bosan.Macam2 nak buat adalah.Bila nak rasa bosan pun tak tahu.Ade jer perkara nak buat.Ada masa sampai tak terbuat,byk sgt nak buat..huhh.. penat.

Bosan??? satu perkataan yg aku tak dapat terima juga bg  kaum2 ibu yg tulis kat status mereka di FB.Tak paham aku..apa yg bosan.Wahai isteri-isteri semua.Kamu tidak akan sempat merasa bosan sebenarnya.Macam2 perkara nak dibuat.Tambahan pula yg mempunyai anak.Tidak terkejar dek masa,tak terbuat dek tangan bila mengenangkan kerje-kerje rumah yg melambak.Lagila kepada mereka yg mempunyai kerjaya.

Aku????..bergelar seorg surirumah sepenuh masa..masih juger tidak mempunyai masa utk rasa bosan.Pelbagai perkara hendak dibuat setiap hari.dari bangun tidur sehingga mlm.Ada ms sampai tak tidur malam.Tidak berkesempatan merasa bosan.Pelik kan..kenapa aku kata pelik? sebab masih ade isteri2 yg merasa bosan.Yelah..aku tidak boleh salahkan mereka.Itu hak masing2 kan..Tapi aku mang tidak sempat merasa bosan.Kerja sentiasa ader didepan mata.Hari2 penuh dengan rutin2 yg memang sudah diisi.Macam2 perkara ingin dibuat selain menjalankan kerja2 rumah yg rutin (membasuh,menggosok,memasak,mengemas,menjaga anak,bla...bla...bla..).ada perkara lain juga utk aku isi seperti membuat kek (sbb aku berniaga kek),membaca buku (sebab aku suka bc buku),berkebun (sbb aku suka berkebun:tanam sayur,bleh jimat kan sikit perbelanjaan disamping aku suka tgk hasil dr keringat aku sendiri,puas),buka intenet (sbb aku ader acc Fb dan juga blog,kena la tgk setiap hari lau pun skjb).

Bilakah aku ingin merasa bosan?????

Gambar xde kene mengena ngan bosan...he he he..sj letak

Sunday, February 20, 2011

Resepi Puding Kek Lapis

Puding Kek Lapis
Puding ni aku reka disebabkan byk sangat lebihan kek lapis.Jadi,dr aku buang baik aku buat sesuatu yg boleh dimakan..Rasanyer mang sedap.Gabungan puding kastad dan lebihan kek lapis yg pelbagai perisa.

Bahan-bahan:
  • Agar-agar (aku guna agar2 yg ader gambar bunga ros)   25gram
  • Gula Pasir                                10 sudu besar
  • Kastard                                    4 sudu besar
  • Susu Cair                                 3/4 tin
  • Air                                           1300ml
  • Lebihan Kek Lapis:yg dicincang halus (agak2 la utk tabur dalam puding nanti.Lau xde kek lapis boleh masukkan kek lain yg xhabis nk mkn tu)
Cara-cara membuatnya:

*Masukkan air ke dalam periuk dan juga agar2 ke dalam air dan masak hingga mendidih (sampai agar2 td hancur)
*Masukkan gula,kacau hingga hancur.
*Masukkan kastard yg dikacau dgn sedikit air ke dalam periuk td.
*Kacau sehingga agak pekat dan likat lebih kurang dalam 5-10minit.
*Masukkan susu cair,kacau sekejab hingga sebati.
*Setelah sebati tuang kan aduanan kastard td ke dlm loyang.(boleh buat 2 loyang bersaiz 9 inci).Tapis adunan td semasa tuang ke dlm loyang.
*Taburkan lebihan kek lapiske dalam loyang.
*Biarkan sejuk br boleh dipotong.(lau nk lg sedap setelah sejuk potong dan simpan di dlm peti ais.Lebih sedap makan sejuk2.


Selamat mencuba.