Friday, January 28, 2011

Kemalangan di hari lahir

 Tanggal 17 Mei 2007 pada hari lahir sahabat baik ku Raja Azreni Farhana kami berdua telah mengalami kemalangan di Lebuharaya Pantai Timur.Lau tengok  kereta mcm xcayakan kami berdua tidak mengalami kecederaan mahupun lebam2.Cuma agak trauma nak tidor malam pada mlm selepas kejadian tu.Masih teringat kereta kami berputar2 360 darjah di ats jalan raya sebyk 3 kali lalu melanggar 2 divider hingga patah remuk.Sehingga kami terlanggar kereta proton saga didepan kami yg juger agak remuk keretanyer x sehebat kereta kami.Maklumla mungkin kereta proton saga lama,org kata besinyer agak teguh. 

Selepas kereta kami berhenti berpusing,aku tanya kat kwn aku"kita accident ke?"  aku mcm xcaya."Ye kita accident" kwn aku jwb...sempat lg kwn aku yg drive membawa keretanyer ke tepi dgn keadaan kereta yg masih hidup enjin nyer cume lampu depan belakang sudah tidak menyala.Kawasan kejadian juger tidak mempunya lampu jalan dan agak gelap dan suram.Beberapa saat selepas kereta berada dilaluan kecemasan sebuah bas yg agak laju melepasi kaw kemalangan tersebut di mana tempat kereta kami berhenti berpusing2 itu.Ya Allah bersyukur sesgt pdNya..Dia masih sayangkan kami.Jika kereta tak bleh nak start dan kami tersadai di tgh lebuhraya itu,pasti kami dilanggar dr belakang oleh bas yg memang laju.

Kejadian ini berlaku dalam jam 9mlm semasa kami menuju ke KL untuk tujuan mengambil jubah konvo utk hari Konvokesyen UiTM yg ke berapa  ntah aku x ingat. Tapi kami x cepat panik,wlaupun kami ni perempuan xde lah kami melalak kat tepi jalan tu lepas accident.Kami masih berfikiran waras dan istifar byk2........

Apa plak berlaku selepas tu?kami DIUGUT... sapa yg mengugut kami ditgh2 lebuh raya ni dan pulak, kami br beberapa minit trbabit dlm kemalangan yg agak dasyat ini...jeng...jeng..bersambung nanti yer..




2 comments:

  1. dasatnya sid..sabar byk2 sid. aku tkut tgk gmbr nih wpun dah lama. memori mcm ni mesti rasa mcm baru kan?

    ReplyDelete
  2. selagi Allah masih anugerahkan memori ni kat aku,InsyAllah selg tu aku pasti ingat sah.Kenangan yg xdpt dilupakan.Ms ni aku da tunang.org kata mgkn darah manis kan?Lau pe pn syukur pd Allah sgt2.

    ReplyDelete